Pengenalan

Sejarah Ringkas BPD
Bahagian Pembangunan Doktrin.

1. Bahagian ini diketuai oleh Kolonel Doktrin yang berpangkat Kolonel. Bahagian ini bertanggungjawab untuk membangun, menilai dan mengemaskini doktrin. Ia juga menjalankan penyelidikan dan pembangunan ke atas peralatan dan kelengkapan serta mengurus perlaksanaan peperiksaan kenaikan pangkat pegawai-pegawai TD. Bahagian ini terbahagi kepada empat iaitu:

a. Cawangan Doktrin Pasukan Gabungan.
Bahagian ini bertanggungjawab untuk membangun,menggubal, mengkaji dan mengemaskini doktrin pasukan gabungan.

b. Cawangan Doktrin Pasukan Bantuan Perkhidmatan.

Bahagian ini bertanggungjawab untuk membangun, menggubal, mengkaji dan mengemaskini doktrin pasukan bantuan perkhidmatan.

c. Cawangan Publikasi Manual.

Bahagian ini mengurus, mencetak dan mengeluarkan manual peperangan Tentera Darat dan jurnal Sorotan Darat untuk kegunaan Tentera Darat yang diluluskan oleh Jawatankuasa Doktrin Tentera Darat.


d. Cawangan Peperiksaan/Pembangunan Tempur.

Bahagian ini mengurus,mengelola,mengkaji dan melaksanakan validasi ke atas peperiksaan kenaikkan pangkat pegawai-pegawai Tentera Darat.


Senarai Kolonel Doktrin.

2. Berikut adalah senarai pegawai yang pernah menjawat jawatan Kol Doktrin:

a. Kol Mohd Raih bin Hj Ismail (1 Jan 1994 - 19 Mei 1995)

b. Lt Kol Abd Razak bin Abd Malek (20 Mei 1995 - 15 Mac 1996)

c. Kol Shahrom bin Jaafar (16 Mac 1996 - 21 Nov 1996)

d. Kol Muslim bin Yusof (22 Nov 1996 - 15 Ogos 2001)

e. Kol Abdullah bin Yatim (16 Ogos 2001 - 30 Sep 2001)

f. Kol Abd Jalil bin Hj Hasbullah ( 1 Okt 2001 - 17 Mei 2005)

g. Kol Abdullah bin Hj Karim (17 Mei 2005 - 2 Julai 2005)

h. Kol Abu Musa bin Hj A. Rahman ( 2 Julai 2005 - 1 Jan 2007 )

i. Kol Stephen Mundaw (1 Jan 2007 - 1 Jan 2008)

j. Kol Reduan bin Hj Omar ( 1 Jan 2008 - Kini)

Jawatankuasa Doktrin Tentera Darat

3.Salah satu penglibatan penting Markas Latihan Tentera Darat, khususnya Panglima Latihan Tentera Darat dan Kolonel Doktrin, ialah di dalam Jawatankuasa Doktrin Tentera Darat (JKDTD). Jawatankuasa ini, yang dikelolakan oleh Markas Latihan Tentera Darat, telah ditubuhkan bagi tujuan membincangkan hal-hal doktrin, meluluskan percetakan, laporan penyemakan dan penyediaan manual Tentera Darat. Persidangan pertama Jawatankuasa ini ialah pada 26 Mei 82, ketika itu di bawah kelolaan Departmen Tentera Darat – Cawangan Latih (DTD – Latih). Sejak Markas Latihan ditubuhkan pada 1 Jan 94, persidangan pertama Jawatankuasa ini di bawah kelolaannya ialah pada 22 Dis 94, iaitu siri ke - 27. Keanggotaan mesyuarat JKDTD adalah seperti berikut:

a. Pengerusi : Timbalan Panglima TD

b. Timbalan Pengerusi : Panglima Latihan TD

c. Ahli Tetap :

AKS OPLAT

AKS CSM

AKS P & P

AKS Logistik

AKS Perisikan

IJ - BITD

AP - BPS

Pengarah Pengurusan Latihan TD

Ketua Staf AM MK Medan TD

Ketua Staf Am MK Logistik TD

KS MK TD

Panglima 10 Bgd Para

Panglima 21 GGK


d. Ahli atas keperluan :

Ketua Pegawai Semboyan

Ketua Jurutera

Ketua SOPASUS

Pengarah - pengarah Kor



e. Sekreteriat :

Kol Doktrin MK Latihan TD

PS 2 Doktrin Am (Urusetia) MK Latihan TD



Sorotan Darat

4. Panglima Tentera Darat (ketika itu) iaitu YBhg Jen Tan Sri Zain bin Hashim semasa berucap merasmikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Doktrin Tentera Darat yang bersidang pada 26 Mei 1982 telah mengilhamkan supaya diterbitkan satu jurnal untuk Tentera Darat. Ianya secara langsung dapat mewujudkan satu forum dalam membantu proses penyebaran Doktrin jati Tentera Darat atau Indigenous Doctrine . Mesyuarat Jawatankuasa Doktrin Tentera Darat yang bersidang pada hari yang sama telah meluluskan idea ini. Hasil dari keputusan tersebut, Jurnal Tentera Darat keluaran pertama telah diterbitkan pada tahun 1983.

5. Di peringkat awal penghasilan jurnal ini,Jawatankuasa Doktrin Tentera Darat yang bersidang pada 6 Dis 1982 di Maktab Turus Angkatan Tentera telah menubuhkan satu Jawatankuasa Sidang Pengarang yang bertanggungjawab ke atas penerbitan jurnal ini.Setelah kerja-kerja mengumpul, mengedit dan mencetak dilaksanakan dengan penuh teliti, maka pada bulan Mac 1983 edisi pertama jurnal ini yang diberi nama Sorotan Darat (edisi Jun 1983) telah diterbitkan sebanyak 1,000 naskhah dan telah diedarkan ke semua pasukan dan formasi Tentera Darat. Seterusnya pada 20 Jun 1983, Departmen Tentera Darat ( sekarang Markas Tentera Darat ) telah mengeluarkan surat yang menyatakan bahawa Jurnal Sorotan Darat diberi tanda Kod dan nombor iaitu KOD T 3029. Penerbitan sebanyak 2 edisi telah dibuat pada setiap tahun, iaitu pada bulan Jun dan Disember. Kesemua artikel yang dicetak di dalam Jurnal Sorotan Darat diperolehi sama ada melalui formasi, pasukan, pusat-pusat latihan dan juga secara individu.


Makmal e-Doktrin

6. Makmal e-Doktrin merupakan salah satu daripada projek pembangunan ICT Pemerintahan

Latihan Tentera Darat. Kelulusan telah diperolehi di peringkat MAMPU pada 16 Mei 2002.

Bahagian Pembangunan Doktrin telah mewujudkan Makmal e - Doktrin yang direka untuk

mengurus , menyimpan dan menyebarkan maklumat - maklumat berkaitan doktrin TD. Konsep

e - Doktrin berfungsi sebagai pengedar maklumat doktrin TD yang disimpan dalam ‘server' yang

boleh di access melalui Army Net oleh pengguna. Kini terdapat 5 buah komputer di Makmal

e-Doktrin yang dirangkaikan kepada semua pejabat pegawai-pegawai staf Bahagian Pembangunan Doktrin.



7. Terdapat empat jenis bahan yang disimpan di dalam sistem e-Doktrin iaitu Manual TD, Peperiksaan, Hirarki TD, Jurnal Soroton Darat dan Eksesais dan Arkib ( Dalam Proses Pembinaan). Maklumat - maklumat tersebut telah dibuat pengimbasan dalam format PDF bagi mengelakkan sebarang pengubahsuaian terhadap manual tersebut. Sistem ini secara tidak langsung telah mewujudkan ‘office automation' di mana setiap pejabat di bahagian ini dihubungkan secara

‘Local Area Networking” (LAN) bagi bertukar-tukar maklumat berkenaan dengan sesuatu doktrin semasa.